Saturday, 24 March 2012

Minyak Pelincir "Multi Grade"



Apa yang dimaksudkan Multi grade itu? Multi Grade itu bermaksud minyak pelincir yang mempunyai 2 asas kelikatan iaitu boleh beroperasi ketika enjin sejuk dan ketika enjin panas atau sedang bergerak.
Umumnya kadar julat suhu minyak pelincir  pada kebanyakan enjin seperti di Malaysia adalah luas, iaitu julat suhu enjin sejuk (ketika menghidupkan enjin kenderaan) sehingga suhu panas (ketika enjin beroperasi sepenuhnya).
Tujuan asal  penghasilan minyak pelincir Multi Grade adalah mewujudkan asas kelikatan minyak pelincir ketika enjin sejuk dan ketika enjin panas/beroperasi. Ini membolehkan satu-satu minyak itu digunakan sepanjang tahun dalam keadaan suhu yang berbeza. Malahan ia juga dipanggil ‘all-season oil’. Pada asasnya kadar kelikatan minyak Multi Grade bergantung pada keadaan asal semulajadi minyak itu sendiri dan jumlah aditif yang ditambah pada minyak.
Selalunya, minyak pelincir multi grade dapat dikenal pasti daripada label yang tertera pada botol / bekas minyak pelincir tersebut. Baiklah mari kita melihat contoh ini, iaiti SAE pada minyak Multi Grade merangkumi 2 grad kelikatan minyak. Contohnya; SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50 dan sebagainya. Huruf W adalah bermaksud Winter @ Wet iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara bermusim sejuk / salji, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan. Manakala angka selepas tanda palang adalah bermakna kadar kelikatan sesuatu minyak pelincir itu apabila suhu enjin panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.
Kebanyakan kenderaan diberi spesifikasi penggunaan grad kelikatan minyak tertentu oleh pengeluar kenderaan, tetapi ia boleh berubah, bergantung pada keadaan lokasi kenderaan digunakan, di mana cuaca atau pengawalan kecekapan bahan api memainkan peranan.

nota : SAE -'Society of Automotive Engineers'

No comments:

Post a Comment