Monday, 26 March 2012
Kereta GUNA JTX 1000 boleh Jalan 50KM lagi..walaupun minyak pelincir kering???
Jika minyak hitam kereta kering, fungsi Tribology dapat mengelakkan enjin kereta daripada jem. Untuk percubaan guna minyak enjin JTX 1000 sepenuhnya, hidupkan enjin kenderaan dalam 20 minit, kemudian keluarkan kesemua minyak JTX 1000 yang didalam enjin, kenderaan anda dapat bergerak lebih 50km walaupun tanpa minyak hitam kereta.Hanya untuk mereka yang condiden...t.
* Menjimatkan penggunaan petrol sehingga 10% - 20%. Bermakna setiap perbelanjan RM100 petrol, anda boleh jimat hampir RM10-RM20 kos petrol.Ujian dilakukan dalam kelajuan yang konstan.
* Tambah power.Sangat membantu kepada kaki drift dengan kaki lumba.Meningkatkan power enjin sehingga 20% ke 30%.Kesan ketara bila anda tekan minyak kenderaan, enjin tidak sebu,terus pergi dan pergi, cuma berani dengan tidak jea ..call 017-2386896 untuk tempahan!!!
Saturday, 24 March 2012
Minyak Pelincir "Multi Grade"
Apa yang dimaksudkan Multi grade itu? Multi Grade itu bermaksud minyak pelincir yang mempunyai 2 asas kelikatan iaitu boleh beroperasi ketika enjin sejuk dan ketika enjin panas atau sedang bergerak.
Umumnya kadar julat suhu minyak pelincir pada kebanyakan enjin seperti di Malaysia adalah luas, iaitu julat suhu enjin sejuk (ketika menghidupkan enjin kenderaan) sehingga suhu panas (ketika enjin beroperasi sepenuhnya).
Tujuan asal penghasilan minyak pelincir Multi Grade adalah mewujudkan asas kelikatan minyak pelincir ketika enjin sejuk dan ketika enjin panas/beroperasi. Ini membolehkan satu-satu minyak itu digunakan sepanjang tahun dalam keadaan suhu yang berbeza. Malahan ia juga dipanggil ‘all-season oil’. Pada asasnya kadar kelikatan minyak Multi Grade bergantung pada keadaan asal semulajadi minyak itu sendiri dan jumlah aditif yang ditambah pada minyak.
Selalunya, minyak pelincir multi grade dapat dikenal pasti daripada label yang tertera pada botol / bekas minyak pelincir tersebut. Baiklah mari kita melihat contoh ini, iaiti SAE pada minyak Multi Grade merangkumi 2 grad kelikatan minyak. Contohnya; SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50 dan sebagainya. Huruf W adalah bermaksud Winter @ Wet iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara bermusim sejuk / salji, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan. Manakala angka selepas tanda palang adalah bermakna kadar kelikatan sesuatu minyak pelincir itu apabila suhu enjin panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.
Kebanyakan kenderaan diberi spesifikasi penggunaan grad kelikatan minyak tertentu oleh pengeluar kenderaan, tetapi ia boleh berubah, bergantung pada keadaan lokasi kenderaan digunakan, di mana cuaca atau pengawalan kecekapan bahan api memainkan peranan.
nota : SAE -'Society of Automotive Engineers'
Thursday, 22 March 2012
JTX 800 Melindungi Enjin Kereta Anda di WAKTU PUNCAK
Umum diketahui jumlah kenderaan di jalanan makin meningkat. Peningkatan mendadak ini menyumbang kepada kesesakan jalanraya dibandar-bandar amnya. Contohnya di Malaysia, penggunaan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang lebih tinggi semasa enjin panas adalah lebih digalakkan. Ini kerana majoriti pemandu-pemandu di bandar-bandar besar di negara ini biasanya menghadapi masalah kesesakan lalu-lintas. Apabila kenderaan terhenti-henti, sistem penyejukan enjin yang biasanya mengharapkan kepada bantuan pengaliran udara akan menjadi kurang efisien. Kadar suhu operasi enjin akan meningkat dan pada masa inilah minyak pelincir akan memainkan peranan dalam membantu menyerap haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Minyak pelincir yang mempunyai gred API yang lebih tinggi biasanya akan berfungsi lebih baik.
JTX 800 mampu memberi perlindungan kepada enjin seperti
*Geseran pada suhu rendah semasa menghidupkan enjin
*Tahan Panas
*Timbunan jelaga dalam enjin
JTX 800 juga mempunyai sifat kepanasan dan pengoksidaan yang stabil mengekalkan kualiti minyak, mencegah sumbatan di litar aliran minyak dan alat penapis serta pembentukan tahi minyak di kotak axle dan bahagian-bahagian lain. JTX 800 mengurangkan kos pengendalian dan menjimatkan petrol
Oleh itu disyorkan mengambil JTX 800 sebagai minyak pelincir yang mampu memberi perlindungan terbaik bagi enjin kereta anda
Wednesday, 21 March 2012
MINYAK PELINCIR bercerita..
Apakah fungsi minyak pelincir ?
Umum mengetahui minyak pelincir digunakan untuk melicinkan bahagian enjin bagi mengurangkan geseran, supaya ia boleh bergerak lancar dan dilindungi daripada menjadi haus. Lebih baik kualiti minyak pelincir, lebih baiklah kualiti minyak pelincir, lebih baiklah perlindungan dan prestasinya.
Umum mengetahui minyak pelincir digunakan untuk melicinkan bahagian enjin bagi mengurangkan geseran, supaya ia boleh bergerak lancar dan dilindungi daripada menjadi haus. Lebih baik kualiti minyak pelincir, lebih baiklah kualiti minyak pelincir, lebih baiklah perlindungan dan prestasinya.
Adakah minyak pelincir yang lebih likat lebih baik. ?
Tidak. Kelikatan minyak dipilih untuk disesuaikan dengan sesuatu enjin. Minyak pelincir yang terlalu cair tidak mampu memberikan pelinciran yang mencukupi dan boleh menyebabkan penggunaan minyak pelincir yang banyak. Jika terlalu likat pula, ia mungkin memberikan masalah seperti kurang kuasa, panas melampau, pengedaran lemah dan mengurangkan penjimatan bahan api.
Tidak. Kelikatan minyak dipilih untuk disesuaikan dengan sesuatu enjin. Minyak pelincir yang terlalu cair tidak mampu memberikan pelinciran yang mencukupi dan boleh menyebabkan penggunaan minyak pelincir yang banyak. Jika terlalu likat pula, ia mungkin memberikan masalah seperti kurang kuasa, panas melampau, pengedaran lemah dan mengurangkan penjimatan bahan api.
Minyak pelincir kereta saya menjadi hitam dalam beberapa hari sahaja apabila saya menukarnya. Adakah ini perkara normal?
Jika minyak pelincir bertukar warna bermakna ia berfungsi. Minyak pelincir yang baik mengandungi bahan tambah pencuci untuk membersih enjin dan menyebabkan minyak pelincir bertukar hitam. Jika minyak pelincir tidak bertukar hitam ini boleh disebabkan tidak ada bahan tambah pencuci di dalamnya dan enapan masih melekat pada bahagian enjin. Maka enjin kereta anda berada dalam keadaan yang bahaya
Jika minyak pelincir bertukar warna bermakna ia berfungsi. Minyak pelincir yang baik mengandungi bahan tambah pencuci untuk membersih enjin dan menyebabkan minyak pelincir bertukar hitam. Jika minyak pelincir tidak bertukar hitam ini boleh disebabkan tidak ada bahan tambah pencuci di dalamnya dan enapan masih melekat pada bahagian enjin. Maka enjin kereta anda berada dalam keadaan yang bahaya
Bolehkah minyak pelincir berlainan jenama dicampurkan?
Kebanyakan minyak pelincir berasaskan mineral boleh bercampur antara satu sama lain. Bahan tambah yang dicampur memang kurang berkesan. Bagi minyak pelincir sintetik, ia harus digunakan secara penuh hati-hati. Sesetengahnya tidak boleh bercampur sepenuhnya dengan minyak pelincir mineral atau sintetik lain. Apabila menukar dari satu jenis ke satu jenis yang lain, sempurnakan penukaran minyak pelincir untuk hasil maksimum.
Oleh itu marilah bertukar kepada JTX seLAMAnya bagi melindungi enjin kereta anda secara maksima..Produk ini telah terbukti membantu enjin2 kereta diluar sana dalam menghadapi tekanan dan haba yang TINGGI akibat pergerakan-pergerakan di dalam enjin kereta anda
JTX 1000 (Premium Grade)
Ciri Unik JTX1000 Premium Grade
- AGEN YANG MENAHAN TEKANAN DAN MENCEGAH GESERAN - Membekalkan pelinciran yang secukupnya dan mencegah geseran
- AGEN BERALKALI - Meneutralkan bahan asing berasid yang terbentuk dalam enjin
- PENCEGAH HAKISAN - Mencegah hakisan bahan-bahan berasid yang terbentuk dalam enjin
- AGEN ANTI PENGOKSIDAAN - Mengurangkan dan mencegah tumpuan kotoran minyak
- AGEN PEMBERSIH - Mencegah minyak yang kotor serta kotoran lain yang terlekat pada permukaan keluli dalam enjin
- AGEN PENGHAPUS - Mengekalkan kelinciran yang secukupnya bagi permukaan keluli yang bersentuhan ; Mencegah tumpuan kotoran minyak dari mengumpul. Kedua2nya bertujuan untuk mencegah lapisan minyak dari tersumbat
- JTX 1000 ini diperkuatkan dengan agen tekanan dan agen pencegah geseran untuk mencapai perbatuan 10,000km
- JTX 1000 meningkatkan kuasa enjin sekaligus membolehkan pergerakan enjin yang lebih stabil dan senyap
- JTX 1000 sesuai bagi kenderaan yang menggunakan minyak petrol dan diesel
- JTX 1000 dijamin kualiti dengan Sijil ISO 9001
Subscribe to:
Posts (Atom)